Sunday, March 29, 2009

ESEI ULASAN KARYA KARTIKA AFFANDI

Ibu kartika telah menzahirkan banyak karya seni yang merupakan testimoni dalam perjalanan hidupnya sebagai seniman. Pelukis tersohor dari indonesia ini, tidak pernah menggunakan bekas warna, sebaliknya menjadikan jari dan tangannya sebagai palet. Apa yang menarik mengenai Ibu Kartika ialah kebolehannya melukis dan berkarya dengan kedua-dua belah tangannya tanpa rasa kekok. Sama ada kiri atau kanan, tangan Ibu Kartika tetap gigih melakar warna-warna di permukaan kanvas dan menghasilkan lukisan terbaik sekali gus menakjubkan mata yang memandang.

Stail yang dibawa ibu Kartika dalam lukisannya ialah juga Ekspressionisme, ini diakui kesemua lukisan-lukisan yang dia hasilkan tidak ubah seperti lukisan tokoh seni terkenal dunia yang juga bapanya sendiri iaitu Affandi. Lukisan-lukisan yang beliau hasilkan cenderung kearah mendistorsi kenyataan dengan efek-efek emosionalnya. Ibu Kartika mendistorsi kenyataan dengan efek-efek emosional ini biasanya lebih menuju kepada jenis emosi kemarahan dan depresi daripada emosi bahagia. Kecenderungan ini telah mengubah realitas demi menimbulkan efek emosional beliau ini merupakan karya seni subjektif. Ini dilihat melalui karya-karyanya dengan warna-warna yang berani, bentuk tak beraturan, tak berakhir, dua dimensi serta tanpa perspektif.

Ekpresionisme lebih umum dikenal sebagai seni yang mengekpresikan emosi mendalam. Meskipun sebagian orang mengatakan tak semua seniman ekpresif, umumnya proses pembuatan karya seni didasarkan pada penekanan mendalam pada komunikasi emosional. Dari sejarah, Ekpresionisme memberikan pengaruhnya pada pelukis-pelukis macam Munch, Vincent van Gogh sehingga kepelusuk dunia, Ekpresionisme diwujudkan dalam warna-warna mana suka dan komposisi kasar. Ibu Kartika berusaha menggambarkan emosi dan interpretasi subjektif. Baginya, reaksi emosional yang timbul dari pewarnaan kuat dan komposisi dinamis lebih penting daripada tampilan artistik yang bagus, warna dan bentuk sederhana pun dapat menggugah emosi penonton. Inilah yang membuatnya pindah ke abstraksi. Pengaruh kuat dari bapanya telah menjadi senomin dalam jiwa ibu kartika dalam menghasilkan karyanya. Apa yang boleh saya katakanan, Ibu kartika menggunakan kanvas sebagai tempat beliau mengcurahkan perasaan dalaman yang menuju kepada jenis emosi kemarahan dan depresi daripada emosi bahagia sepanjang hidupnya sebab itu beliau memilih aliran Ekpresionisme, selain itu pengaruh kuat dari bapanya sendiri. Stail imprealisme juga mungkin dapat dikaitkan pada karya-karya ibu Kartika, ini kerana karya –karya yang dihasilkan mengikut keadaan semasa di sekelilingnya. Contohnya karya Kanal di Amsterdam(1995).

Jika diamati dengan mata kasar mungkin tidak ada apa yang menarik perhatian saya, tetapi yang menjadi kesukaan saya pada karya kartika Affandi ialah Kartika menggunakan imej figura manusia dan binatang selain alam budaya yang tradisi. Kelihatan ada satu kesan nostalgia pada alam budaya zaman kanak-kanak yang penuh tradisi yang mahu dikongsikan dengan khalayak. Tetapi figura dan alam mainan Kartika tidak berdiri tanpa makna. Kartika melontarkan pengamatannya kepada sosialisasi di sekitar.

Karya kartika affandi yang saya suka ialah karya yang bertajuk terbelenggu. Lukisan yang bertajuk terbelenggu menggambarkan perasaan ibu kartika ketika itu menurutnya sendiri (Kartika Affandi 2008). Karya yang dihasilkan pada tahun 1997 ini memperlihatkan diri sebagai wanita yang menjadi mangsa bias gender dalam adat budayanya, dimana rintihan seorang isteri yang rumah tangganya mula retak, sesudah sampai hujung jalan buntu dan harapan hancur. Karya ini juga begitu sinikal dengan kedudukan wanita dalam sistem sosial masyarakat yang melingkari alam budayanya, Dalam karya itu ibu Kartika membentangkan kekusutan fikiran seorang manusia yang terpancar pada wajah kusam dan suram yang direntangi kawat berduri. Dalam pada itu, wanita ini cuba membebaskan dirinya dari lingkaran kawat berduri itu, apa yang menarik bagi saya adalah olahan idealogi ibu kartika yang cuba menampilkan keadaan seorang isteri berada dalam rumah tangga yang akan hancur. Analisis yang digambar dalam karya ini menunjukkan seorang wanita yang berkeadaan seperti merontar-rontar ingin keluar dari lingkaran kawat berduri, wajah yang ditonjolkan adalah wajahnya sendiri. Dua belah tangan yang dililit kawat berduri menghala ke depan serta tangan yang hancur, raut wajah yang sedih, takut dan suram. Selain itu, pada leher wanita ini terdapat lilitan kawat. Penggunaan pelbagai warna pada wajah yang menarik pada wajah, tetapi terdapat juga warna-warna sampingan mengeliling objek utama karya seperti warna kuning, oren serta merah. Menurut buku, warna kuning menandakan dalam situasi begini teringatkan kebebasan hanya sejenak bermain di kepala si wanita ini. Calitan warna yang berbeza-beza pada wajah menandakan kekusaman dan ketakutan yang bermain difikiran. Tidak banyak objek yang dihasilkan hanya menfokuskan kawat dan wajah wanita sahaja. Penekanan dalam karya ini adalah wajah, ibu kartika mungkin cuba menampilkan keadaan raut wajah yang keadaan terkurung dalam lingkungan adat dan budaya sendiri. Dia seakan- akan cuba dibebaskan dan ingin keluar dari kepompong peaniayaan terhadap kaum wanita. Ibu kartika menganggap wanita-wanita tidak semestinya berada hanya dalam budaya sendiri tetapi mencuba membawa ke adat dan budaya luar yang hidup lebih bebas sepertimana apa yang berlaku pada wanita-wanita terdahulu yang kehidupan mereka dihadkan oleh adat dan budaya. Taat serta patuh pada suami yang dicurahkan sepanjang perkahwinan tidak mestinya baik balasannya. Kawat berduri pada leher dan tangan menunjukkan apabila dia bergerak lagi kuatlah cengkaman kawat itu ini seakan-akan menunjukkan dia tidak boleh berbuat apap-apa dalam keadaan seperti itu. Saat perit yang bermain difikiran pelukis dibayangi seperti berada lingkaran kawat-kawat yang berduri seakan-akan terkunci didalam tindakan sejarah hidup yang pahit. Disini lah ibu kartika melontarkan permasalah tentang dirinya yang dialami sendiri.

Secara peribadi, saya kagum dengan karya keperibadian Ibu Kartika dalam menghasilkan karya kerana dia adalah seorang pelukis yang jujur dan berbicara secara langsung dengan setiap lukisannya, juga berkebolehan menggunakan kedua-dua belah tangan sangat menarik pengamatan mata saya. Itu saja yang dapat saya ungkapkan tentang karya beliau, dengan tahap pemikiran saya yang sangat terhad tentang analisis karya seni visual menyukarkan untuk menceritakan lebih sistematik.

Untuk karya seni pelukis Kartika Affandi bagi saya langsung tidak menarik perhatian saya, saya merujuk pada karya yang terdapat dalam buku Kartika affandi tahun 2008. Bagi pemerhati seperti saya tidak layak untuk menganalisis karya berbentuk Ekspresionisme yang penuh dengan maksud tersirat. Karya-karya berbentuk realisme mungkin sesuai kepada taraf saya yang sangat masih mentah untuk mengananlisis karya tinggi sebegini. Nanum demikian, latihan seumpama ini sangat baik untuk latihan mengkritik dan menganalisis karya samaada karya seni, muzik dan lain-lain, terutama seni tampak di Malaysia.

Karya Kartika Affandi yang saya tidak suka adalah Kambing Naik Sepeda yang dihasilkan pada tahun 1997. Dalam karya itu Kartika membentangkan kekusutan fikiran seorang manusia yang terpancar pada wajah kusam dan suram. Tetapi kambing yang berada di sisi manusia itu kelihatan wajahnya begitu ceria dan tulus. Kambing seolah-olah tersenyum dengan matanya yang jernih biru sangat kontras dengan mata manusia yang suram dan kelam. Menurut buku Kartika Affandi(2008), karya ini memaparkan kisah lucu dalam cerita rakyat perihal orang yang menyangkal dia handal menguasai sesuatu situasi rupanya situasi menguasai dia. Didalam karya ini, kambing dianggap ratu dikayuh kemana sahaja ingin pergi kelesaan pada kambing diutamakan dan mendatangkan kebanggaan pada dirinya kerana mempunyai kambing. Analisisnya, Karya ini menggunakan semua ruang pada kanvas dengan penggunaan yang kurang jelas bagi saya, dengan memfokuskan objek kambing dan manusia. Disini penghasilan objek yang kurang menarik, lukisan tangan ibu lapan orang anak ini, mungkin secara spontan, bagi saya sendiri cara lukisan sebegini tidak mendatangkan minat pada karya beliau. Tiada lakaran tepat pada penghasilan figura dan binatang sangat memburukkan mata saya, niat saya bukan nak mengkritik karya yang dianggap hebat di mata dunia, ini hanya pengamatan saya sendiri. Penggunaan warna yang serabut, amat sukar untuk menerima karya yang berbentuk seumpama ini. Kambing yang memegang watak utama dalam karya ini dilukis dalam keadaan selesa pada basikal serta sedang senyum menandakan ketinggian darjat berbanding tuan, belitan kawat hijau pada kambing terpapar jelas. Manakala lukisan manusia pula menampakkan kekusaman pada wajah menandakan kegelisahan memikir hal hidupnya yang bodoh itu. Samaada ini memang berlaku atau tidak, saya sangat tidak menyokong karya ini kerana menyebelitkan normal-normal kehidupan masyarakat. Keadaan tempat khas untuk kambing yang lebar dan selesa menunjukkan kambing dipanding tinggi berbanding manusia, malah manusia juga akan berbangga dengan keadaan dirinya dan kambing, langsung tidak masuk akal. Penggunaan ruang yang agak baik dengan menekankan kadarbanding manusia dan kambing. Warna latar yang buruk, penyatuan dengan objek lain seperti pokok tidak menunjukkan kombinasi susunan lukisan benda dan figura yang tidak menarik. Kemegahan kambing diatas basikal seperti satu penghinaan pada manusia yang sangat menekanan keselasaan binatang walaupun manusia didalam keadaan tidak tentu arah yangt sedang bermain seribu pemikiran di kepalanya. Mengagungkan binatang menurut islam tidak elok, kerana menampakkan satu penghormatan yang sia-sia tidak langsung mendatangkan kelebihan kepada manusia.

Dalam pada itu, maksud yang ingin disampaikan kartika sangat bijak, yang ingin menceritakan kisah latar kihidupan masyarakat sebenar di kampung. Memang tidak menarik perhatian saya jika diamati dengan mata kasar tetapi sangat menarik jika dihayati pada mesej yang disampaikan pelukis Kartika Affandi ini. Dilihat semua karya beliau lebih kepada mesej yang ingin disampaikan sehingga langsung tidak menekankan aspek kekemasan pada karya.

Biasanya dimaksudkan untuk menunjuk pada semua perbuatan yang dilakukan atas dasar dan mengacu pada apa yang indah (Lorens Bagus, 1995, 987). Secara umum, ada dua pemikiran atau aliran berkaitan dengan seni ini. Keindahan pada karya ibu kartika ialah ekspresional, iaitu suatu pemikiran yang menyatakan bahawa seni tidak mempunyai tujuan dan tidak mengejar tujuan di luar dirinya, kecuali tujuan dalam dirinya sendiri. Slogannya yang terkenal adalah ‘seni untuk seni’. Karya-karya sebahagian besarnya memperlihatkan interaksi antara pelukis dengan alam dan manusia di sekitar. Kartika menggunakan imej figura manusia dan binatang selain alam budaya yang tradisi. Kelihatan ada satu kesan nostalgia pada alam budaya zaman kanak-kanak yang penuh tradisi yang mahu dikongsikan dengan khalayak. Tetapi figura dan alam mainan Kartika tidak berdiri tanpa makna. Kartika melontarkan pengamatannya kepada sosialisasi di sekitar.

Kerinduan kepada alam budaya yang lama ditinggalkan kelihatan memenjarakan Kartika. Dia mengembalikan ingatan kepada detik-detik indah masa lampau di dada kanvas. Tetapi Kartika bukan saja terbius dalam larutan nostalgia silam, sebaliknya melontarkan kritikan sosial seperti yang dipaparkan pada karya bertajuk Potret Diri Dan Kambing (1989) yang begitu sinikal sekali. Dalam karya itu Kartika membentangkan kekusutan fikiran seorang manusia yang terpancar pada wajah kusam dan suram. Tetapi kambing yang berada di sisi manusia itu kelihatan wajahnya begitu ceria dan tulus. Kambing seolah-olah tersenyum dengan matanya yang jernih biru sangat kontras dengan mata manusia yang suram dan kelam. Begitu juga karya yang memperlihatkan potret diri yang direntangi kawat berduri. Karya berjudul Terbelenggu (1997) memperlihatkan diri sebagai wanita yang menjadi mangsa bias gender dalam adat budayanya. Karya ini juga begitu sinikal dengan kedudukan wanita dalam sistem sosial yang melingkari alam budayanya. Karya berjudul Warung Kopi di Lingga, Sumatra Utara (1977) seperti merakamkan pengalaman menikmati kehidupan kampung yang penuh dengan suasana tradisi. Nostalgia yang dilalui menerusi karya ini mampu dikongsikan dengan khalayak. Selain karya-karya yang mengangkat figura dan landskap alam tradisi di sekitar kehidupannya, karya Kartika juga merakamkan landskap alam di luar negara seperti di Belanda, Perancis malah terdapat satu lukisan yang mengangkat landskap tempat sejarah di Melaka. Jadi keindahan yang ada pada karya beliau sangat-sangat menarik jika pandangan orang yang tinggi pengamatannya, bagi saya ia cukup untuk satu pembelajaran.

Kesimpulannya, pada usianya yang mencecah 74 tahun pada 27 November lalu. Bagi kebanyakan orang, usia emas itu adalah waktu untuk 'bersara' daripada segala pekerjaan ketika zaman muda. Waktu itulah yang akan digunakan untuk bersama keluarga dan melayan telatah cucu yang mencuit hati. Namun kepada pelukis tersohor Indonesia, Kartika Affandi dia masih kuat dan bersemangat untuk menghasilkan karya seni yang sudah sebati dalam dirinya.